Pages

Tuesday, March 29, 2011

Kehidupan oh percintaan

Apa itu cinta


kalau didalami dengan penuh minat maksud cinta itu pasti cinta akan kekal slamanya

dengan itu maka tiada ar yang putus cinta, kecewa, atau sebaliknya

cinta bermaksud menyayangi seseorang dengan seikhlas hati

bukan untuk memiliki seseorang itu...

tapi kebanyakan telah salah faham mengenainya...

kalau kita mencintai seseorang, kita akan berasa ingin die bahagia sentiasa


kita akan rasa terluka bila si die terluka atau disakiti

kita berasa sedih bila si die bersedih

senang citer kita akan rasa ape yang si die rasa

cinta datang tidak menentu, tidak kira masa, tapi bila sampai masanya ia akan datang

kekadang kita keliru diantara suka dan cinta...

tetapi suka itu boleh menjadi cinta...

untuk menyukai seseorang mmg senang, untuk mencintai seseorang memang susah....


kerana kita takut cinta yang diberi akan dikhianati

kalau kita diberi pilihan untuk memilih diantara orang yang menyayangi kita dengan orang yang kita suka

lebih baek kita memilih orang yang menyayangi kita kerna kita sudah tau yang die menyayangi kita sepenuh hati...

walaupun cinta tiada ketika itu x mengapa kerna cinta akan berputik jua dan cinta itu x akan dikhianati...

tetapi kalau kita memilih orang yang kita suka, cintanya x pasti kerna die akan tinggalkan kita tok orang yang die sayang...

untuk memilih di antara dua pilihan ini terletak pada diri kita sendiri, maka terpulang pada kita tuk membuat keputusan

maka renung dan fikirkan lah

JANGAN TERLALU BAIK,SAYA AKAN MERINDUI AWAK..

Berikut antara petikan yang buatkan aku tersenyum. Aku terfikir, kenapakah aku tetiba tersenyum setelah membacanya…

“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”

“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”

“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”